Ini antara cabaran yang kami hadapi di luar negara dalam menerangkan kepada anak2 makanan yang halal dan haram. Walaupun sebenarnya anak sudah mengetahui ketika usia mereka 4 tahun lagi. Ia tidak sama kerana di negara kita ada logo halal. Berbeza di sini tiada logo halal. Kisahnya bermula mrk sek di sini. Di sek makanan breakfast dan lunch di beri percuma. Makanan mereka sedap2 bak kata anak2. Anak sulung saya tiada masalah kerana dia faham ttp cabaran kpd anak kedua saya. Dia masih belum memahami walaupun telah diterangkan kepadanya. Pernah suatu hari Afiq lihat Faiz beratur nak ambil makanan sedangkan saya memang dh bekalkan mereka lunch setiap hari. Syukur Afiq sempat tegah Faiz. Faiz akan argument dgn kami kenapa kwn2 muslim dia makan? Akhirnya kami tunjuk video cara-cara sembelihan Islam dan bukan Islam. Kami terangkan sbbnya. Alhamdulillah sekarang dia sudah mula faham.
Setiap hari khamis sahaja mrk x nak bawa lunch box sbb ada cheese pizza, jagung, susu coklat, buah buahan dan yogurt. Kami tanya ada tulis K (kosher) ke ? Ada kandungan ayam or beef ke dlm pizza tu? Hanya roti dan cheese. Semua muslim mkn tu shja umi. Ok xpe boleh makan.
Nak di jadikan cerita smlm ada kawan Afiq muslim pertama kali x bawa makanan. Nak makan makanan sek. Kawan dia ambil meatball. Afiq cakap afiq x kasi dia ambil. Afiq cakap meatball tu haram sbb bukan sembelih cara Islam. Kita x boleh makan ayam dan daging di sek kerana haram. Kawan Afiq makan juga umi. Dia tanya saya, umi Afiq berdosa tak umi sebab afiq dah bagitau dia ? Saya jawab x berdosa sebab Afiq dah menasihati dia. Tugas Afiq dah selesai. Malah Afiq dapat pahala sebab menasihati dan menegah dia. MashaAllah umi babah gembira sebab Afiq dah boleh membantu kami menyampaikan dakwah dan menasihati kawan2 Afiq. Banyak pahala Allah bagi pada Afiq. Oooo macam tu ye Umi. Lega Afiq tp Afiq kesian dgn kawan Afiq tu. Saya kata mesti mama dia akan tnya dgn kwn Afiq tu apa mkn pg td. Mama dia mesti menasihati anak mrk spt umibabah menasihati Afiq dan Faiz. Mungkin kawan Afiq tu x faham lagi. Pasti ada hikmah ok.
# sebagai ibu bapa memng pendidikan agama itu bermula dari rumah. Duduk di negara orang putih ini lagi membuatkan kami sebagai ibubapa perlu mendidik dan menerapkan IMAN dalam diri mereka ibadat, Adab, aqidah. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi jika tahu pendekatannya ia jadi mudah. Semoga kamu berdua istiqamah sehingga akhir hayat kamu #AfiqdanFaiz.
