Sunday, June 21, 2015

Diri saya

Saya merupakan isteri dan ibu kepada 3 permata hati saya iaitu yang sulung anak lelaki berumur  8 tahun,  yang kedua lelaki juga berumur 5 tahun dan yang ketiga puteri berumur  2 tahun. 

Saya merupakan seorang pendidik bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Saya mendidik anak-anak saya.

Saya suka berkongsi ilmu dan suka mencari ilmu. Semoga dengan ilmu yang saya ada dapat di kongsi dan bermanfaat untuk semua orang. Ini juga salah satu medan dakwah yang masa kita semua dapat manfaatkan untuk kebaikan pada masa hadapan. Yang baik datang daripada Allah yang buruk datang dari saya sendiri.

Blog dh bersarang

Assalamualaikum  semua. Lamanya saya tidak menulis di blog ini. Idea yang ada pun sudah berkurun lama hilang. Sebenarnya saya dah terlupa pasword. Puas ingat pasword. Inilah akibatnya bila banyak sangat pasword digunakan. Dari tahun 2011 hingga 2015. Lebih kurang empat tahun saya tidak melawat blog saya ini. Sekarang insyallah nak mula aktif semula tulis blog. Moga ada ruang dan peluang untuk saya sampaikan ilmu dan berkongsi ilmu dgn anda semua yang tidak  seberapa ni. Tidak dilupakan Salam Ramadhan Kareem.