Apa khabar semua. Setelah beberapa minggu tidak update blog, hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang penyakit pneumonia. Pada minggu lepas iaitu 4 November 2010 anak kedua saya Faiz telah di masukkan ke wad kerana mengidapi penyakit pneumonia iaitu radang paru-paru. Justeru itu, maka saya ingin berkongsi dengan anda tentang penyakit ini yang tidak boleh di pandang ringan oleh semua kaum ibu dan bapa.
Selama 4 hari faiz di masukkan ke wad dan saya menemaninya di hospital tersebut. Hati ibu mana yg tidak sedih bila anaknya di masukkan kee wad. Dah la baru berumur 10 bulan , x tau ape lagi baby ketika ini. Bila tengok akan keadaannya masa itu, rasa Ya Allah biar la sakit itu Kau berikan pada ku biar la ia pindah ke padaku ini. Itu la setiap ada dugaannya kepada ibu bapa. Di sini la Allah ingin menguji kesabaran ibu bapanya.
Syukur Alhamdulilah Faiz telah keluar wad pada hari Ahad ptg dan telah di pantau di rumah selama seminggu tanpa perlu pergi ke nursery. hasil dari seminggu ini memang telah menunjukkan peningkatan daya ketahanan @ antibodi yang baik. Faiz semakin aktif merangkak dan juga berdiri seolah-olah hendak berjalan. hasil dari Follow up Faiz dengan Doktor pagi tadi , doktor juga telah menunjukkan bukti bahawa Faiz sudah baik secara penuhnya.
Pneumonia merujuk kepada air ataupun lender yang berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair ini juga dikenali sebagai radang paru-paru.
Menurut Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Kamaruddin Ahmad, berkata pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia.
“Ia awalnya bermula dengan keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih serius iaitu pneumonia,” katanya.
“Ia awalnya bermula dengan keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih serius iaitu pneumonia,” katanya.
Mengikut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2004, pneumonia masih menjadi penyebab utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia. Ia bukan saja menjadi masalah di negara membangun tetapi juga negara maju seperti Amerika. Pneumonia berada pada tangga ketujuh, penyebab kematian di Amerika malah pada 2003, 63,241 kematian dicatatkan disebabkan pneumonia. Artikel ini dipetik dari sumber http://promote5.blogspirit.com
Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi kata Dr Kamaruddin, secara umum pneumonia boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu.
“Jika bayi banyak meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif. Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala pneumonia tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia,” katanya.

Symptom- symptom Pneumonia adalah seperti:
1. 1. Demam, batuk lebih seminggu kadangkala demam saja diikuti batuk yang tidak surut selama tiga hari. Kadangkala demam dan batuk itu datang serentak.
2. 2. Anak tidak aktif dan kurang selera makan.
3. 3. Muntah (muntah, kurang selera makan dan anak tidak aktif menandakan jangkitan yang kuat)
4. 4. Pernafasannya akan berbunyi dan akan kelihatan tercungap-cungap
5. 5. Sejuk
6. 6. Sakit dada
7. 7. Dalam kes yang ekstrem, bibir dan kuku jari akan berwarna kebiruan atau kelabu.
Punca Pneumonia adalah disebabkan oleh:
1. 1. jangkitan bacteria
2. 2. virus, fungus dan parasit.
Bagaimanapun semua faktor itu bergantung kepada usia. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’.
RAWATAN
a) Selalunya kanak-kanak akan diberikan vaksin menentang pneumonia. Di Malaysia, vaksin pencegahnya tidak disenarai dalam carta imunisasi kebangsaan, justeru kebanyakan ibu bapa mendapatkannya melalui hospital swasta.
b)Antibiotik yang selalunya membantu melegakan.

Ini sahaja yang dpt saya berkongsi dengan anda semua.