Sunday, September 5, 2010

HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN


hari ini merupakan hari ke 26 Ramadhan 1431H. sudah berada di hari-hari terakhir Ramadhan untuk tahun ini. Adakah tahun depan kita akan berjumpa lagi Ramadhan. 


Terdapat pelbagai hadis yang menceritakan kelebihan bulan Ramadhan daripada seribu bulan. Segala pintu rahmat di buka di bulan ini. Ya Allah ku rasa rindu lagi untuk bertemu bulan ramdhan yang mulia ini. Ku rasa belum cukup lagi waktu- waktu yang dapat ku habiskan untuk Mu. Justeru saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan bulan ramadhan ini. 


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan iaitu:

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."



Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang akan mengganjarinya.  Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang melakukan ibadah puasa ini.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:
“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman:  “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu bagi dirinya sendiri kecuali puasa.  Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya.  Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.  Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak kasturi.  Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa” (HR Bukhari & Muslim)
3.    Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan pada masa lampau.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

Kita tidak tahu sama ada akan berjumpa bulan ramadhan yang mulia ini pada tahun hadapan ataupun tidak. Justeru pertingkatkanlah ibadat kita dan iman kita di bulan yang mulia ini dan juga pada bulan -bulan lain.  

No comments:

Post a Comment