Tuesday, August 17, 2010

AKHIRNYA AZAM KU BERJAYA UNTUK MENYUSUKAN ANAKKU

Selepas saya gagal dalam misi penyusuan saya pada anak sulung saya, saya telah bankit dari kegagalan dengan menuntut ilmu lebih banyak. Alhamdulilah saya telah berjumpa dengan sebuah blog yang memberi tips sangat banyak iaitu Diyaluna.blogspot kepunyaan Pn. Suraya Lunatots. Dari blog beliau juga saya mendapat link blog harlindahalim.blogspot. merekalah antara blog yang memberi maklumat berkenaan penyusuan yang sangat banyak.

 semasa saya mengandungkan Faiz pada 2009 saya telah mencari maklumat di internet dan juga saya telah membeli broadband semasa dalam pantang kerana saya berpantang di kampung. Saya selalu bertanya dengan O&G saya tentang saya mahu bf apabila bersalin. Doktor O&G saya ni bagus orangnya dan penyabar. Pn. Nurhanissa. beliau banyak membantu saya dalam misi penyusuan.

Saya juga telah membeli pum madela harmoni sebelum bersalin. pum ini juga sangat membantu saya semasa proses berpantang. semasa dalam pantang banyak susu saya dapat kumpulkan. memang pum memainkan peranan penting. belilah pum yang bagus kualitinya. perlu juga anda membuat kajian tentang jenis-jenis pum yang ada di pasaran.


Madela Harmoni

semasa dalam pantang memang banyak cabaran dan ada yang bertanya kenapa bagi susu badan dan tidak campur. Nanti nak keje senang. ini lah kata-kata yang akan membunuh misi penyusuan kita jika kita tidak kuat. Saya pun jawab la, keje pun senang bagi susu ibu ni dalam botol. kalau saya jawab tentang kebaikan susu ibu mesti makcik tu tak faham, saya pun jawab la susu lembu sekarang mahal tak mampu la nak beli.

Nasib baik la family saya okey siap baca buku penyusuan susu ibu bagi ibu berkerjaya lagi. sebab buku itu memang saya baca masa dalam pantang. kulu kilir saya bawa buku tu.

Suami juga memainkan peranan penting. suami dan saya menganggap bahawa tiada susu di pasaran menyebabkan saya motivasi untuk mengepam setiap hari. Suamilah paling banyak memberi motivasi dan semangat kepada saya. I love U Abang. Dialah yang bangun malam jika faiz nangis dan menukarkan pampers dulu sebelum memberi saya menyusukan faiz.

apabila saya mula bekerja saya telah membeli pum madela swing kerana dah tidak larat untuk mengepam guna tangan. pum ini sangat bagus juga kerana pada bulan ke tiga sehingga ke 5 saya dapat pum selama 20 minit dan mendapat 2 botol iaitu setiap 1 botol mengandungi 5oz. saya guna botol MLO. inilah botol yang saya gunakan semasa mengumpul stok susu setiap hari. saya bekalkan pada BS 5 hingga 6 botol.

Madela Swing 

Alhamdulillah saya telah berjaya menyusukan Faiz Izzuddin sehingga sekarang. Sudah 7 bulan saya menyusukan Faiz walaupun dugaan dan cabarannya sangat banyak. Terima kasih padaMu Ya Allah memberi peluang hambaMu ini menyusukan anakku ini. Memang niat saya juga untuk membuktikan kepada saudara mara, adik beradik saya dan juga rakan-rakan saya bahawa ibu bekerjaya juga mampu menyusukan anaknya. yang penting kuat azam dan jangan malas. kalau nak senang memanglah susu formula. Percayalah banyak perbezaan yang akan anda tahu daripada anak yang menyusu badan full bf dengan anak yang minum fm. saya sudah mempunyai dua orang anak. dan memang anak kedua saya ini adalah experimen saya dan suami untuk membuktikan perbezaannya.

-Ummi Babah-

No comments:

Post a Comment