Sunday, August 8, 2010

KERANA KURANGNYA ILMU........

Pada 8 Januari 2006 saya pergi doktor untuk cek sama ada saya pregnant atau tak. hasil dari perjumpaan saya dan hubby dengan doktor, doktor telah mengesahkan bahawa saya telah pregnant sebulan. Apabila mengetahui diri saya mengandung kami suami isteri telah bertekad untuk bf anak saya apabila lahir nanti. maklumla anak sulung. memang teruja la saya dan hubby. saya ni suka membaca, majalah pa&ma, dan buku- buku mengandung banyak yang saya beli. tetapi pada ketika itu saya tidak banyak buka website tentang ilmu penyusuan. bagi saya senang saya menyusu sebab banyak teori yang saya tau. susuibu.com pun saya tak pernah buka ketika itu. mungkin kerana pada masa itu, saya sibuk dengan study untuk habiskan semester akhir master saya. tumpuan saya lebih kepada menyiapkan disentasi saya. 

Tanggal 1 Oktober 2007 saya telah melahirkan bayi sulung kami pada pukul 9.20pm disebuah  hospital swasta di Melaka. saya rasa gembira dan bersyukur kerana dapat melahirkan bayi sulung kami Afiq Izzuddin secara normal. saya pun seronok dan menjangkakan bayi saya akan tidur dengan saya dan saya akan menyusukannya, tetapi saya silap. selepas doktor bawa bayi saya yang telah dibasuhkan kepada saya untuk sementara sahaja, nurse tersebut telah mengambil semula bayi saya sehingga keesokkan harinya baru la nurse memberi baby kepada saya untuk disusukan pada pukul 7.00am. saya diberi rehat yang cukup sedangkan 8jam tersebut bayi saya diberi susu formula. saya bertanya dengan nurse dan mereka menyatakan bahawa mereka bagi saya rehat dan jika saya tidak minta mereka memang tidak memberi baby saya kepada saya. saya terus menangis ketika itu dan cuba sedaya upaya memberi anak saya susu walaupun tahu susu tidak ada. INI LA KESILAPAN PERTAMA SAYA KERANA TIDAK BERTANYA DENGAN DOKTOR TENTANG HOSPITAL RAKAN BAYI DAN PROSEDUR HOSPITAL TERSEBUT SEPANJANG ANTENATAL. 

esoknya saya pulang ke rumah, dan memberi juga baby saya susu walaupun tidak keluar. saya rasa sedih sebab anak saya asyik menangis dan nipple saya kecil menyebabkan baby saya confius. kami terpaksa bagi dia susu formula kerana kesian apabila melihatkan baby saya asyik nangis. pada hari ketiga baru la saya ada susu dan sangat banyak. kESILAPAN KAMI ADALAH KERANA ANAK SAYA LEBIH SUKA MINUM SUSU DALAM BOTOL DARI NIPPLE. SAYA DAN SUAMI MENGANGGAP BAHAWA NIPPLE INI PENTING. SUAMI BELI LA PUM CAP AYAM . SAYA PUM LA SUSU YANG BANYAK DI DALAM BOTOL. SAYA TIDAK TAU PUN TENTANG EBM PADA KETIKA ITU. SETIAP KALI ANAK SAYA NAK MINUM SAYA PERAH. TEKNIK MENYUSU TIDAK BETUL MENYEBABKAN BABY SAYA MEMBERONTAK MENANGIS TIDAK CUKUP SUSU. Setiap kali anak saya menangis, saya juga akan menangis.  Inilah kesilapan saya yang tidak pernah saya dan suami lupakan sehingga akhir hayat saya. 

akhirnya dari susu yang banyak, telah menjadi sikit kerana pum yang saya beli itu, telah menyebabkan susu saya menjadi semakin sikit. anak saya cuma mampu minum susu secara campur sehingga umur afiq 4 bulan. anak saya juga mengamuk tidak cukup susu setiap kali dia minum. tidak sampai hati melihat anak menangis, saya pun bagila formula. pada masa itu juga saya sudah mula bekerja ketika anak saya 3 bulan, oleh kerana takut BS susah nak jaga anak saya maka saya dan suami pun kalah terus memberi susu formula. saya tidak mengepam pun dipejabat. 

*INILAH YANG DIKATAKAN KERANA CETEK ILMU MISI PENYUSUAN SAYA PADA ANAK PERTAMA TIDAK BERJAYA. 

pada 13 April 2009 saya telah disahkan pregnant anak kedua. Kami bertekad untuk full bf anak saya sehingga umur dia dua tahun. Semasa saya mengandung anak saya kedua saya selalu buka website tentang penyusuan susu ibu seperti susuibu.com, blogger2 yang menceritakan tentang penyuan susu ibu. blogger yang paling banyak bagi saya tips adalah blogger harlindahalim.blogspot, diyaluna.blogspot kepunyaan Pn.Suraya. blogger mereka ini banyak sangat tips dan saya ucapkan terrima kasih tidak terhingga kepada mereka di atas perkongsian ilmu. banyak lagi blogger lain yang menpunyai maklumat tentang bf, saya juga telah pergi kelas bf anjuran Susuibu.com. Dari blogger- blogger ini saya telah berjaya menyusukan anak saya dari tanggal 7 januari 2010 sehingga sekarang. sudah 7 bulan Faiz Izzuddin menyusu secara full bf. 


* Kita perlulah sentiasa menuntut ilmu. teori hanya sikit tetapi praktikal adalah amat penting untuk menentukan kejayaan kita. afiq izzuddin maafkan umi dan babah kerana kesilapan kami.






No comments:

Post a Comment