Tuesday, March 15, 2011

cepat membaca

Apa khabar semua. hari ini saya ingin berkonsi cerita mengenai talk yang saya dan suami pergi. talk ini adalah dari pengurus besar tadika anak saya. anak saya yang sulung berumur 3 tahun 5 bulan dan sekrang belajar di tadika little caliph. ada di kalangan anda mesti pernah dengar tadika little caliphs ini. tadika ini memang bagus.
mereka ada bagi talk tentang kaedah utk anak2 cepat membaca. Justeru saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri kelas ini.

Kaedah Phonic ini memang banyak cara. tetapi menurut pengurus tersebut utk mengajar anak cepat membaca tidak perlu kenalkan mereka huruf tetapi kenalkan bunyi. justeru sebelum ibu bapa ingin mengajar anak-anak membaca kita lah sebagai ibu bapa pergi belajarr dulu supaya kita yang mengajar ini pun tidak confius dengan ape yang kita hendak ajar. walau bagaimanapun, saya telah mengajar anak saya kenal huruf dahulu sebelum anak saya belajar bunyi huruf. ketika umur dia 2 tahun 1/2 memng dia dah kenal semua huruf dan juga nombor.
Memnag pada mulanya dia confius dengan bunyi huruf dan kenal huruf tetapi alhamdulilh masalah confius ini berlaku cuma 2 bulan sahaja. sekrang ini alhamdulilh dia dah okey.

Kaedah yang diterangkan oleh Little Caliphs ini ialah bunyi huruf beserta nyanyian. setiap bunyi huruf ini ada gambar di belakang kad atau di bawah jika menggunakan bukunya. budak akan ingat bunyi tersebut apabila mereka nyanyi menggikut gambar yang telah ditunjukkan.

Selain itu, mereka juga ada bagi poster dan flash card. jadi saya dapat menggabungkan bunyi huruf tersebut dengan bunyi hiruf yang lain.


Contoh di sini:    kad dan poster yang ada mempunyai huruf      
                                    
                                                    a   ba    ca   da   fa  ga   ha   la   ma   na
ini salah satu contoh yang ada. setiap kad tersebut ada gambar di belakang. justeru mereka akan ingat bunyi tersebut berdasarkan huruf yang ada.  kita akan nyanyikan berdasarkan gAMBAR. di belakang. memng terbukti berkesan. anak saya Afiq sudah boleh bunyikan huruf yang telah saya gabungkan. Contoh:

                                             saya    ada   apa
                                             baca      lama      aba      ada       mana  
untuk huruf vokal yang lain. kami buat sendiri setelah dia boleh membaca huruf yang telah di gabungkan dengan huruf vokal a.

Saya ada beli buku bacalah anak ku, tetapi apabila saya pergi ke program little caliph ini, teknik ini lagi mudah daripada teknik bacalah anakku. Anak saya telah baca buku bacalah anak ku buku 2 . Walaupun anak saya telah baca buku bacalah anak ku, saya lebih nampak berkesan kaedah little caliph. memng mudah dan saya akan suruh dia gabungkan bunyi melalui whiteboard. saya tulis dan dia bunyikan huruf tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda mengajar dan mencari teknik yg terbaik utk mengajar anak.anak.


Rindu blogging

Terasa lamanya tak dapat berblongging ni. dah dua bulan hidup ku bizzy. nak kongsi cerita. Saya sekarang sudah bekerja di tempat baru menjadi guru tetap. dulu jadi pensyarah skarang tukar profesion pulak. kenapa ye saya bertukar tempat kerja? banyak sebab sebenarnya saya bertukar kerja demi anak-anak dan keluarga.

1. jadi guru banyak masa terluang. Saya balik awal setiap hari dan bila cuti sekolah saya pun bercuti juga. itu lah yang best. banyak masa yang dapat saya luangkan pada anak2. 

2. menjadi guru telah menginsafkan saya tentang perbezaan budak zaman saya dulu dengan zaman sekarang. zaman sekarang memng besar cabarnnya kerana mereka hidup dengan segala ada di depan mata dalam kata lain zaman sekrg ni budak2 hidup dengan dunia it dan pasca morden. itu yang membuatkan saya lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak saya. saya pula mengajar di sekolah bandar. memang cabarannya banyak. 

Sebagai ibu bapa kita memng tidak boleh salahkan sekolah 100% sebab di sekolah gurunya banyak dan setiap guru yg mengajar jumpa pelajar berbeza iaitu 40 minit sahaja. memng sush utk guru membetulkan semuanya. justeru kita, sebagai ibu bapa lah yang perlu mendidik anak. jangan cakap diri anda bizy xde masa. cuba cari masa tp bila terdesak ada pulak masa tu ye. renung-renungkan ?