Sunday, September 5, 2010

SUSU IBU MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI

Susu ibu memang terbaik walaupun banyak syarikat susu fm cuba untuk memasukkan pelbagai jenis kelebihan seperti GA, AA, DHA dan lain- lain lagi tetapi tetap tidak dapat manndingi kelebihan susu ibu. Mereka telah memasukkan pelbagai kebaikan ke dalam fm tetapi tidak dapat membuktikan bahawa fm lebih baik dr natural milk. Dakwaan yang mampu diberikan oleh pengeluar susu rumusan bayi bagi produk keluarannya hanyalah "hampir menyamai susu ibu", dan bukan lebih hebat daripadanya.

Susu ibu sentiasa mengandungi peratusan lemak, karbohidrat dan protein yang seimbang. Syarikat pengeluar susu ibu sering mengubah suai kadar ini untuk mendapatkan komposisi yang terbaik tetapi tidak dapat juga menandingi susu ibu. Susu ibu sebenarnya berubah mengikut keperluan bayi dan peralihan bulan bayi itu.

Susu yang dihasilkan secara tiruan tidak mampu meniru susu ibu yang mengandungi sekurang-kurangnya 100 bahan ramuan yang tidak terkandung dalam susu rumusan bayi. ia termasuklah sel-sel hidup, hormon, enzim yang aktif, imunoglobulin dan sebatian dgn struktur yang unik yang mana kesemuanya tidak boleh diciplak oleh susu rumusan bayi.

bayi juga mudah menghadamkan susu ibu berbanding susu formula. Walaupun kadar protein di dalam susu ibu lebih rendah berbanding susu formula, bayi memperolehi kesemua sumber itu. Bayi yang minum susu ibu lebih mudah menyerap zink dan zat besi. Sebab itu bayi yang minum susu ibu akan mudah lapar semula kerana susunya mudah di hadam. di samping itu, ada juga bayi yang berumur 3 bulan ke atas tidak poo poo selama semingg atau pun 3 hari. apabila di tanya dengan doktor mereka tidak kisah kerana menurut doktor sendiri susu ibu mudah di hadam.

Susu ibu juga sesuai untuk bayi yang sakit. Jika bayi mengalami masalah pernafasan, susu formula mungkin menghasilkan lebih banyak lendir.  sebaliknya, susu ibu mengandungi antibodi kepada masalah ini. Selain mudah di hadam, ia juga tidak membentuk banyak lendir.

No comments:

Post a Comment