Setelah lama bercuti sempena hari raya yang lepas anak saya Faiz Izzuddin tidak mahu dengan orang lain. hari isnin lepas saya hantar ke bs dia okey, tetapi masuk hari kedua selasa, bs beritahu yang anak saya mula menangis setelah bangun tidur. dia nak dokong sahaja. jika bertukar orang dokong dia, maka dia akan nangis. runsing saya di buatnnya.
saya pun terfikir dengan suami mencari sebab- sebab kenapa berlaku perkara sedemikian setelah 7 bulan hantar dia ke nursery tersebut. pada keesokkan harinya rabu juga perkara yang sama berlaku. saya dan suami jadi tidak keruan di buatnya. kerja pun tidak tenang. maka pada hari khamis setelah kelas saya tamat pukul 12.45pm saya telefon bs tanyakan perkembangan bayi saya, masih lagi jawapan yang sama. justeru, saya ambil dia dari bs bagi mengelakkan bs saya susah jaga dia. apabila saya bawa dia pulang ke rumah, dia okey main. saya tidak dokong, saya bagi dia mainan dan saya duduk bersebelahan dengan Faiz. faiz nampak okey. susu yang saya beri pada bs pun habis dia minum.
Hasil daripada cuti saya pada hari ini, saya dapati Faiz tidak boleh berjauhan dan tidak boleh jika tiada orang bersama dia. jika saya pergi ke dapur or sidai baju pastinya dia akan nangis. Faiz tidak kisah jika saya tidak dokong dia tetapi dia hendak saya duduk besama dengan dia. biar dia menyarap dan mengesot tetapi saya mesti ada bersamanya.
apakah yang patut saya buat?
adakah kerana selama seminggu saya bagi direct feeding n tidur dengan dia sambil dia menyusu menyebabkan dia jadi begini?
faiz tolong ummi. bagi ummi habiskan kerja ummi selama 1 bulan ini sebelum ummi berhenti kerja sayang. kesian student ummi tidak habis silibus lagi sayang.
inilah masalah saya. dilema saya dan suami dibuatnya. bayangkan jika saya dapat kerja govmen susah juga nanti. kerja swasta nie boleh la berhenti. tapi kalu keje govmen cmne.
suami saya cakap jika masalah ini berlarutan maka saya pelu behenti kerja.
bantu la saya bagi mengatasi masalah ini.
setiap anak berbeza cara dia. memang masa saya membesarkan abangnya iaitu Afiq memang tiada masalah sebegini. Afiq cuma memilih bs, jika bs itu jaga dia memang dia x mahu bs lain jaga dia. jika bs yang dia suka cuti, memng dia x nak gi nursery. tetapi apabila Afiq 1 tahun dia okey tidak ada masalah. memang dia nak semua orang. Faiz juga begitu dia memang nak semua orang, sehingga sekarang. cuma apabila dia bangun tidur memang dia nak ada orang. seolah-olah macam faiz ini fobia atau trauma saya rasakan. dia menangis sekuat hati dan tidak mahu kita berjauhan dengan dia. yang pasti dia nak ada orang dengan dia.
No comments:
Post a Comment