Alhamdulillah masalah Faiz yang seminggu lepas tidak mahu orang telah selesai. Minggu ini Faiz ceria sahaja berada di Nursery. Faiz sudah tidak merengek untuk dukung. cuma masalah menangis jika tidak ada orang sahaja yang faiz tidak boleh ubah. faiz memang nak ada orang bersama dia. Faiz tidak kisah walaupun orang itu tidak dukung dia.
mungkin kerana cuti raya yang lama dan ummi memang direct feeding pada faiz menyebabkan faiz tidak dapat menerima perubahan tersebut. itu yang membuatkan faiz nak ummi sahaja. Faiz memang comellah. hehe puji anak sendiri.
Ummi dapat la meneruskan kerja harian ummi di pejabat. tidak jadi la hantar surat berhenti kerja bulan ini. walau bagaimanapun ummi tetap akan berhenti kerja pada 30 november 2010. ada misi dan perkara yang perlu di buat selepas itu. memang ummi rela hati untuk berhenti kerja.
No comments:
Post a Comment