Salam semua ibu-ibu di Malaysia.
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang asas penyusuan. bagi ibu-ibu yang menyusu dan sedang belajar menyusu serta bakal-bakal ibu meyusu anda perlu tahu tentang cecair emas yang berharga.
Apakah itu cecair emas?
Buat ibu-ibu cecair emas ini dikenali sebagai kolostrum. kolostrum ini wujud di dalam susu ibu pada 3 hari pertama selepas kelahiran. cecair ini sangat bernilai kerana ia mengandungi protein dan lemak yang sangat berharga dan tidak dapat di tandingi oleh susu fm. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu fm. walaupun bayi itu tidak minum banyak tetapi bayi itu sudah kenyang.
Apakah khasiat yang terdapat di dalam kolostrum?
Kolostrum ini sebenarnyaamat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia jugabersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia jugamengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. ( dipetik dari pakar laktasi iaitu Dr Nazatul Shiha Bachtiar (2009).)
Apakah kepentingan kolosttrum ini kepada bayi?
kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapatmempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapatmengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
Di dalam kolostrum juga terdapat sejenis prrotein yang dinamakan sebagai Sekretori Immuglobuli A (SIgA). SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kandungan SIgA atau protein ini sesuai untuk bayi pramatang. bayi pramatang berisiko mendapat penyakit merbahaya seperti Necrotizing Entrerocolitis (NEE), Sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimirob seperti immunog,obu,in yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit tersebut. (dipetik dari Dr Nazatul Shiha Bachtiar (2009). di dalam Duniasusuibu.com)
SIgA berfungsi juga sebagai sistem pertahanan bayi untuk melawan jangkitan usus.
Justeru terdapat beberapa tips untuk di kongsi bersama bagi membolehkan bayi mendapat kolostrum secukupnya.
1. meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit bagi membolehkan bayi melekap kepada payudara dengan betul.
2. bagi ibu-ibu yang belum pernah menyusukan bayi, minta bantuan kepada mereka yang pakar dan tahu seperti jururawat atau bidan-bidan dan juga sedara mara yang biasa menyusukan bayi.
3. menyusukan bayi sebaik sahaja bayi itu lahir bagi membolehkan payu dara mendapat signal dan menghasilkan susu.
4. biarkan bayi bersama dengan kita semasa berada di hospital. jika bayi kerap bersama kita dan kita memberi bayi lekap kepada payu dara kita akan membolehkan payuda mengeluarkan susu dengan cepat. payu dara akan ada stimulasi. bayi yang baru lahir mempunyai perut yang kecil. justeru sus ibu sudah cukup memai untuk bayi minum.
Hasil ciptaan Allah sungguh indah. Allah menciptakan kolostrum kepada ibu yang menyusu yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat susu peengeluar susu formula. khasiat susu formula juga tidak sehebat khasiat yang ada pada kolostrum. Justeru, wahai ibu-ibu rasailah detik-detik ini supaya anda merasa gembira dan bayi anda mendapatt khasiatnya.
No comments:
Post a Comment