walaupun telah berlalu 15 syawal 1431H tetapi saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam di dunia ini. semoga raya pada tahun ini mengajar kita berjimat cermat. janganlah anda tertipu dengan jualan sale raya kerana baanyak peniaga telah menipu dan mengaut keuntungan dari sale yang tipu ini.
kita perlu bersyukur kerana negara malaysia aman dan kita menyambutnya dengan amat. Justeru cuba anda bayangkan di negara Palestin, Pakistan yang dilanda banjir dan juga negara - negara lain yang menyambut hari raya dengan kesedihan.
hari raya tahun ini merupakan tahun pertama saya dan suami kehilangan bapa tercinta dan ayah mertua tercinta. raya tahun ini rasa lain sangat kerana tidak ada lagi ayah kedua belah pihak. kami tidak lagi dapat bersalam dengan ayah kami dan hanya puasa sahaja yang dapat kami lawati. Doa kami moga roh ayah kami berdua di cucuri rahmat Al- Fatihah.

No comments:
Post a Comment